Friday, April 9, 2010

sembilan

Silaturahim by BPR

Aku sendirian disini
Terbujur berdiri ditengah kota
Ramai manusia disisi sombong
Dan tidak bertegur sapa


Bagaimana harus aku buktikan
Silaturrahim suruhan tuhan
Sampai bila, sampai bila 
begini

Jika kita hidup di perbatasan
Peluru tidak kenal kasihan
Sampai bila ,sampai bila 
begini


Bagaimana harus aku buktikan 
Silaturrahim suruhan tuhan
Sampai bila ,sampai bila 
begini


Jika kita hidup di perbatasan
Peluru tidak kenal kasihan
Sampai bila ,sampai bila 
begini

Saturday, April 3, 2010

lapan

Siapa Mahu Mula?

lelaki itu..
berjalan dalam kesamaran..
matanya muntah ke langit tinggi..
mulutnya dikemam rapat-rapat..
kata itu tak terluah..

wanita itu..
mendiam dalam kebisingan..
tangannya memegang erat hati..
kakinya tetap tak terlangkah..
kata itu disimpan..

kota senyum memerhatikan mereka..
siapa mahu mula?

sampah,
4 april 2010,
1.24 am,
bandar dalam hutan.

Friday, April 2, 2010

tujuh

Ditelan Sang Gelap

Gelap makin datang..
aku masih disitu..
sengaja bermain masa..
di hurung gelita aku cuba tak peduli..

tanpa sedar..
sang gelap betul-betul dihadapanku..
menghampiri dengan konsisten..
aku pandang sekeliling..
kosong.. sepi..

seolah-olah ku cuba menggapai sesuatu..
tangan ku depakan, cuba menyentuh..
yang infiniti, untuk dipegang..

tanpa sedar..
aku sudah ditelan kegelapan.
ku lihat alam menghitam..

Dari tepi..
mereka lihat aku semakin hilang..
ditelan kegelapan..

sampah,
3 April 2010
4:06 pagi
desa tercinta.

Thursday, April 1, 2010

enam

Rahsia Hati

air mengalir bertaburan..
gunung tumbuh menyucuk awan..
burung berkicau pelbagai bahasa..
daun gugurkan diri merata..

cengkerik menyanyi syahdu..
hujan turun perlahan-lahan..
seolah memahami aku..
cinta? aku putus asa..

pita terakam, qada sudah ditentukan..
aku terdiam tanpa bicara..
rahsia hati tiada siapa tahu..

sampah, 
5pm: 1 April 2010,
desa tercinta..