Monday, March 29, 2010

lima

lauk ku cukup masin
by spider

Makin lama kukunyah
Makin tawar
Macam manis perasa gula getah
Bunyi tajuk sikitlah punya besar
Isinya kosong bercampur sifar
Dalam diam diam
Senyuman menyulamkan dendam
Nasi yang engkau sajikan
Penuhi tulang ikan



Mana benar baik mana pula tidak
Baik bodoh atau jahat bijak
Sudah pipi kanan kena sepak
Kepala kasi orang pijak


Dalam diam diam
Senyuman menyulamkan dendam
Nasi yang engkau sajikan
Penuhi tulang ikan



Ayatmu ayat sekerat
Ayatmu tak cukup sifat
Ayatmu boleh buat orang sesat



Laukku dah dah cukup masin
Laukku cukup masin
Tak perlu engkau tambah garam



Laukku dah cukup cukup masin
Laukku cukup masin
Tak perlu engkau tambah garam



Ayatmu ayat sekerat
Ayatmu tak cukup sifat
Ayatmu boleh buat orang sesat


Laukku dah dah cukup masin
Laukku cukup masin
Tak perlu engkau tambah garam



Peluru sesat tak kenal siapa tuannya
Peluru sesatmu

Sunday, March 28, 2010

empat

Karipap-Karipap Cinta

Sebuah novel yang berpijak di bumi dan tak terhegeh-hegeh seperti novel lain. Elemen realiti dan fantasi yang senang di 'digest'. Sesuai dengan masyarakat masa kini. Tambahan, kesinambungan cinta dan moral yang menjadikan isi-isi novel ini 'kuat'. Isu-isu kesenian dan politik yang sangat awesome. Plot sudah tentu sangatlah menarik! Tahniah Vovin!!

informasi di blog penulis:

http://www.dunia-vovin.com/

(Elemen sinis pun ada..)

ps: nipis sangat novel ni.. tebalkan lagi. kalau ada rezeki, buatla movie. mesti best!

Saturday, March 27, 2010

tiga

bina ayat dari perkataan: SIBUK

sampai ke mati kau akan sibuk.

Monday, March 22, 2010

dua

Antara


Antara tanda seru dan tanda soal,
yang mana lebih penting?
eh, kan dah terkeluar tanda soal..
huhu!
eh, kan dah terkeluar tanda seru..

untuk penegasan, tanda seru..
untuk pertanyaan, tanda soal..
kalau jiwa keliru..
bertanya orang harus kental..

kalau ditimbang balik,
sudah tentu dua-dua tanda ada pentingnya..
manakan mungkin kita faham ayat jika tiada tanda-tanda ini..
ajaibkan?

siapalah agaknya yang mencipta tanda-tanda ni..?
aku kagum.
ya, aku agak cinta menulis tentang benda-benda remeh.


satu

huruf demi huruf,
perkataan dan perkataan,
bersambung-sambung,
muncullah satu karangan,

aku ingin berkomplot dengan bahasa,
ku persembahkan diriku,
sampah.

sila beri tunjuk ajar.. agarku menjadi sampah yang boleh dikitar semula.